Pemandu teksi, PHV boleh alih kerjaya jadi pemandu bas melalui program baru
Published on
 
September 28, 2026
November 19, 2026
Pemandu teksi, PHV boleh alih kerjaya jadi pemandu bas melalui program baru — Foto ST

Pemandu teksi dan kereta sewa privet yang berminat menjadi pemandu bas kini boleh menyertai program yang membantu mereka beralih kerjaya dalam sektor yang pesat berubah akibat teknologi.

Program bermula 1 Oktober itu ditawarkan secara sambilan atau sepenuh masa selama dua hingga enam bulan.

Ia merangkumi latihan sambil bekerja dan kemahiran seperti diagnostik kenderaan elektrik serta pengurusan operasi pusat pertukaran bas.

Pelatih mempunyai kelonggaran mengimbangi pekerjaan dengan tanggungjawab peribadi atau penjagaan keluarga sepanjang kursus.

Ketika melawat Akademi Bas Singapura di Depoh Bas Ulu Pandan pada 28 September, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, berkata teknologi memudahkan perjalanan penumpang tetapi menjejas pekerjaan.

“Itulah sebabnya kami membuat persediaan awal. Kami mahu memastikan pekerja turut dibantu ketika industri berubah,” katanya.

Cik Sun berkata pekerja bimbang kenderaan berautonomi (AV) akan menjejaskan pekerjaan mereka.

Skim peralihan kerjaya itu antara beberapa pilihan yang disediakan, termasuk menjadi pakar AV.

View article on the web
« Back to Press & Media page